Thursday, June 23, 2011

Hampas.

hampas - 1)sisa benda yg telah diambil patinya
- 2)tidak berguna, sia-sia

Hampas, kategori mahasiswa yang keluar dari mulut seorang TNC universiti terkemuka. Sangat terkesan dengan pernyataan ini kerana keluar dari pentadbiran tertinggi universiti sendiri. TNC UPM juga pernah mengatakan kualiti pelajar adalah rendah. Bermakna memang ini persepsi pentadbiran universiti dan aktiviti pembelajaran harus seiring dengan hampas.

Melihat kepada sekeliling, memang ada kebenarannya. Mahasiswa tidak perlu melenting sebaliknya melihat kepada diri sendiri. Saya percaya rujukan hampas itu tidak merujuk kepada pembelajaran dan pengajaran tetapi lebih kepada mentaliti. Mahasiswa terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga lupa aspek yang lain. Soalan mudah saya kepada mahasiswa, tolong senaraikan 5 buah buku terakhir yang telah dibaca. Berdasarkan sekeliling saya percaya soalan ini sukar dijawab. Bila kali terakhir pergi ke perpustakaan? Masa yang ada sekarang terarah kepada hiburan semata-mata. Muka buku, karaoke, melepak, permainan komputer semuanya menjurus kepada hampas. Bukan melarang tetapi ada hadnya, jangan sampai setaip waktu senggang dihabiskan di hadapan komputer.

Mahasiswa perlu mempunyai minda yang lebih baik dari orang kebanyakan. Boleh berbicara mengenai pelbagai topik. Ini tidak, yang mereka tahu hanyalah dunia sekangkang kera mereka sendiri. Apa terjadi di sekeliling dunia tidak dipedulikan. Isu-isu semasa dipandang remeh, budaya membaca langsung tiada. Surat khabarpun jarang dibaca. Kalaupun dibaca hanyalah bahagian belakang dan hiburan. Paling tidak, tonton sahaja berita di tv. Bukan setakat drama-drama picisan yang tiada topik lain selain cinta. Terlalu klise.

Menjadi mahasiswa bukan sahaja untuk mendapat pekerjaan. Mahasiswa akan menjadi pemimpin syarikat, pemimpin pekerja, pemimpin masyarakat dan paling tidak pemimpin keluarga. Jika budaya sekarang diteruskan beza mahasiswa dengan orang yang tidak pergi ke universiti hanyalah sekeping ijazah yang kadangkala tidak laku jika dibandingkan dengan pengalaman.

Pelajar yang dihantar ke luar negara telah ditemuduga dan semestinya mereka lebih dari sekadar ulat buku semata-mata. Jujurnya saya bersetuju dengan pandangan Prof Dr Zaini Ujang tersebut. Sebagai individu peringkat tertinggi yang mencorak mahasiswa yang ada, semestinya ada asas kenyataan yang keluar dari beliau. Semestinya bukan semua mahasiswa hampas tetapi beliau melihat mahasiswa secara keseluruhan.

Thursday, January 20, 2011

Setahun Berlalu

setahun berlalu..
sepiku masih membara,
gelak tawamu masih terdengar,
suaramu terus bergema,
kelibatmu masih kudamba,
sumpah kau tidak pernah aku lupa,

setahun berlalu..
aku kehilangan penghibur duka hati,
aku kehilangan detik magismu menjadi,
tiada siapa yang tahu rindu di jiwa ini,
kau pergi meninggalkan kami,
kau masih tiada pengganti,
kau sahabat sejati,

setahun berlalu..
maafkan aku memungkiri janji,
maafkan gurauan kasar di hati,
maafkan aku tiada di sisi,
aku cuma insan biasa penuh khilaf diri,

setahu berlalu..
kenangan demi kenangan bersamamu,
menusuk resah jiwa kecil,
mampukah aku menukar segala cerita kita,
dari duka kepada tawa,
walau sukar akan ku cuba,
kau teristimewa,


buat sahabatku...

Friday, December 31, 2010

Ini Ada Sikit Pelik

Ini ada satu producer maa bikin filem suma bukan2. Ini saya bagi klue sket haa, damping malam, aku masih dala, jangan pandang bilakang, rempit...banyak lagi lor..malas mau cakap maa..banyak kaya maa ini olang..Tapi kan, ini wa ada sikit pelik, lu olang pelasan tak suma celita tunjuk itu negatif side. Lumba halam, hantu, seks, gengsters, aiya talak baik maa tunjuk buluk sama orang. Dia celita satu kaum saja, suma yang talak baik ada pada kaum itu saja maa..Yang tengokpun mau jadi macam dalam pilem lor, balik tengok wayang, jali superman atas moto..Seks bebas cool maa, itu sebab banyak buang baby..Gaduh2 baru remaja..

Bila mau buat pilem 1Malaysia? Tunjuk itu Malaysia punya cantik..Untung sulah manyak, try la buat lain punya cilita kalu rugi pun satu pilem jugak tapi olang pandang tinggi sikit. Saya manyak halap la sama olang lamai tunjuk pandai sikit sama ini olang, bagitau dia kita sulah jemu la dengan pilem negatif.

Tukar channel balik,
Jika KRU boleh buat Merong Mahawangsa, Cicakman dan Magika dengan idea-idea baru yang tidak negatif, mustahil lah kita kering idea.

Arwah Yasmin Ahmad sentiasa menekankan pembentukan negara bangsa. Cerita sepet-melayu cinta dengan cina, Mualaf-persamaan dalam perbezaan, Talentime-berbilang bangsa. Belum kira maksud tersirat dalam iklan-iklan beliau.

Seni dan sukan merupakan aspek penting penyatuan dalam keadaan serba kelam kelibut politik sekarang ini.

Thursday, December 30, 2010

Surat Buat Kepimpinan FAM II

Ke hadapan kepimpinan tertinggi FAM,

Sejuta tahniah saya ucapkan atas kemenangan skuad negara dalam piala AFF. Good job, well done to the players. Juga terima kasih kepada semua penyokong-penyokong setia skuad negara yang tiba-tiba berlipat kali ganda, tahniah buat anda semua. Diharap sokongan anda berterusan. Cuma yang bawa laser ke dalam stadium Bukit Jalil tempoh hari, di harap lain kali tak payah datang stadium lagi. Memang kita menang bukan kerana laser tetapi ini menjadi duri dalam daging kepada persembahan skuad negara malam 26 Disember lalu.

Tidak dinafikan skuad ini mempunyai harapan cerah jika terus di beri pendedahan. Pemain seperti Muslim, Safiq, K. Fahmi menonjolkan karekter pemain bolasepak sebenar. Bijak membaca perlawanan adalah amat penting selain kemahiran asas yang lain. Walau bagaimanapun jangan cepat berpuas hati kerana kita belumpun mencapai tahap yang pernah kita lalui dahulu. Kita sedang mendaki kembali curam yang kita jatuh dahulu. Sasaran kita adalah piala dunia, saya bukan bersikap tidak realistik tetapi suatu masa dahulu, kita lebih baik dari Korea dan sudah layak ke olimpik. Ini bermakna kita menempuh zaman gelap selama beberapa tahun. Saya mengharapkan kemenangan ini sebagai titik mula pendakian kita.

Buat barisan kepimpinan,

Izinkan saya mengutarakan beberapa pandangan. Saya percaya pemain-pemain banyak meningkat semasa bermain di Slovakia(satu usaha FAM, kredit di mana perlu, tiada penafian). Dengan sesi 2011, skuad harimau muda akan kembali ke liga super. Saya pernah menulis serba sedikit tentang liga kita sebelum ini. Berpijak kepada bumi yang nyata, sukar saya ungkap tetapi liga kita kurang dari mutunya. Juara liga perdana 2009, tetpi sejauh mana liga Super mampu membentuk pemain berkaliber sedangkan liga super tidak jauh berbeza dengan liga perdana. Seringkali kita dengar pasukan liga super tewas kepada pasukan liga perdana. Cadangan saya, hantarkan pemain-pemain ke luar negara. Jika kewangan menjadi kekangan, hantarkan pemain-pemain utama harimau muda ke kelab-kelab luar negara. Pemain seperti Muslim dan Fadhli Sas akan menjadi lebih berpengalaman. Dengan tindakan flip flop anda dalam FAM(cth-pemain import, sekejap ada sekejap tak ada, harimau muda juga pernah jadi mangsa tidak dapat duit hadiah, dll) adalah baik beliau meneruskan karier di luar. Pemain-pemain lain juga mempunyai potensi untuk berkembang tetapi jika kos menghantar satu pasukan terlalu tinggi, cukuplah sekadar menghantar pemain-pemain utama ke kelab-kelab berlainan..

Kita tidak akan selama-lamanya bergantung kepada skuad ini. Paling lama mungkin 10 tahun memandangkan purata umur mereka dalam 23 tahun. Perlu ada perancangan konkrit tentang pembangunan akar umbi. Bakat kita bermula di peringkat sekolah seterusnya daerah dan negeri. Kita tidak ada program seperti di eropah yang berpaksikan kejiranan yang sukarela membuat program asas bolasepak bagi mengelakkan unsur negatif di kalangan remaja. Untuk itu kita memerlukan jurulatih yang bagus di peringkat sekolah lagi. Tidak seperti saya bermain untuk sekolah dahulu yang jurulatihnya ikut siapa yang suka turun padang sahaja. Bukan semua bekas pemain negeri mempunyai karier yang baik selepas bersara. Apa salahnya mereka ini dibayar untuk melatih pasukan akar umbi. Kalau tidakpun di peringkat sekolah, lantik mereka di peringkat daerah.

Langkah FAM meminta pasukan mencari penajaan sendiri bolehlah dipuji. Liga Hoki boleh dijadikan contoh. FAM perlu meneruskan momentum peminat yang ada sekarang. Tingkatkan mutu liga kita buat 5 ke 6 tahun dari sekarang dan selepas itu kita tidak perlu lagi menghantar pemain ke luar secara tajaan lagi. Tidak mustahil pemain kita dirisik kelab luar, tidak semestinya kelab utama cukup sekadar liga yang berbeza dari kita.

Sebelum saya terlupa, saya harap FAM boleh memantau setiap pertandingan peringkat tertinggi di Malaysia ini. Saya cadangkan padang daerah Tapah sebagai gelanggang kecemasan. Sekurang-kurangnya ianya 10 kali lebih baik dari venue akhir pertandingan akhir piala emas raja-raja. Samada ianya di bawah FAM atau pihak lain tetapi pertandingan peringkat nasional, siaran langsung, selagi ianya bolasepak awam masih menuding ke FAM. Ini akan membunuh minat penonton dek permainan dalam sawah.

Barisan kepimpinan,

Ini sekadar idea saya sebagai seorang peminat bolasepak negara yang sentiasa mengharapkan yang terbaik buat negara. Selain minat yang mendalam, saya melihat bolasepak sebagai satu medium terbaik dan penting menyatukan rakyat pelbagai agama dan bangsa. Jika langkah mendaki ini diteruskan, saya percaya peminat mampu melupakan dosa silam FAM salama bertahun-tahun.

Majulah FAM untuk bolasepak Malaysia.

Yang benar,
Tuah Jebat.
(Peminat Bolasepak Malaysia)

Friday, December 10, 2010

Sebab Mahathir letak jawatan

Tempat: Lot parkir di Pameran MAHA, Maeps, Serdang.
Masa: Petang yang redup.

Kejadian:
Sebuah Camry di minta masuk ke lot parkir di sebelah kiri kerana yang di sebelah kanan penuh. Memang lot di sebelah kanan lebih dekat sedikit dengan tapak pameran jika di bandingkan dengan yang sebelah kiri(dalam 50 meter).

Camry tersebut dipandu seorang pemuda melayu dalm lingkungan 30-an. Dia berkeras hendak ke parkir sebelah kanan. Ayat paling tidak boleh dilupakan, "ni la Melayu tak nak tolong melayu" sebelum menekan minyak berlagak dengan camry nya.
--------------------------------------------------------------------------------------
Hahhahahhahaha..Nak tergelak aku dibuatnya. Sampai tempat parkir pun masih mengharapkan pertolongan. 50 meter je pun.Kalau yang minta tu orang berumur, logik la juga tetapi yang ini muda belia. Entah2, toyota camry itu pun semua duit orang tolong. Aku percaya inilah contoh orang yang salah konsep yang menyebabkan mahathir sendiri menyerah kalah hendak ubah mentaliti orang Melayu. Hendakkan tongkat sepanjang masa.

P/S: mungkin hanya segelintir bersikap begini tetapi renung2kanlah..

Tuesday, October 19, 2010

Keluar mulut harimau, masuk mulut naga

'It begins next year' tulis New Straits Times ahad lalu. Pelajar tahun 1 akan mula belajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Malaysia manakala sekolah vernakular akan menggunakan bahasa Cina dan Tamil.

Dari PPSMI balik ke 3 bahasa berlainan. Keluar mulut harimau, masuk mulut naga. Lebih baik gunakan PPSMI. Pelajar pandai matematik dan sains, bijak Bahasa Inggeris. Inikah cara memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasa bahasa Inggeris yang diuar-uarkan.

Ini satu ketidaksamarataan. Mengapa perlu diajar dalam bahasa Cina dan Tamil. Bagaimana dengan slogan kesamarataan. Apa masalah dengan Bahasa Malaysia, tidak cukup intelektualkah?

1)Dengan tindakan ini, adakah kementerian mengakui pelajar di sekolah vernakular sangat LEMAH tahap penguasaan Bahasa Kebangsaan mereka. Jika benar, bagaimana dasar ini boleh memartabatkan lagi Bahasa Malaysia. Dengan menggunakan bahasa ibunda, akan lebih melemahkan bahasa Malaysia mereka.

2) Apakah dengan bahasa ibunda mereka, pembelajaran akan lebih bermutu. Jika benar aku nak mutu yang sama. Wajibkan sahaja semua orang belajar dalam bahasa mereka.

3) Ini semua pancing undi..hehehe..

Belajarlah, negara manakah yang menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan selain Malaysia.(Baca sini) Negara Jepun bangga dengan bahasanya, presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad selamba cakap bahasa sendiri di PBB sehingga orang kelam kabut cari penterjemah.

Satu hari di dalam LRT, aku berdiri di tengah-tengah manusia yang agak ramai. Kebetulan di sebelahku ada sepasang manusia. Mereka bertutur dalam 2 bahasa berlainan, aku pelik. Setelah mencuri dengar, aku pasti si amoi bertutur dalam bahasa Indonesia dan dan si apek Malaysia menjawab dalam bahasa Inggeris yang diselitkan bahasa cina. Mustahil si amoi tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris kerana dia faham semua yang dituturkan si 'apek konon mat saleh' itu. Tabik buat si amoi Indonesia kerana bangga dengan bahasanya.

Ini antara sebab masyarakat tidak dapat bersatu..

Bahasalah menyatukan kita semua;
Bahasa jiwa bangsa;
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita

Saturday, October 9, 2010

Dosa Kedua

Sedang aku membelek-belek computer ribaku, aku terlihat video ‘Malayan Emergency’. Seakan terpanggil, aku mencuri hampir dua jam dari hidupku mengulang tonton dokumentari tersebut. Perasaanku sama seperti aku menonton teater Tun Mahathir, aku tidak berasa bosan malah aku percaya penonton-penonton lain juga tidak berasa seperti sedang belajar sejarah di sekolah padahal kedua-duanya menceritakan benda yang sudah berlalu-yang kita gelar sejarah.

Apa itu sejarah melainkan timbunan informasi dan tarikh-tarikh terjadi suatu perkara untuk disoal dalam SPM. Untuk apa diingat tarikh-tarikh tersebut hanyalah sebagai formaliti sahaja. Habis periksa, semua dilupa.
Sejarah di sekolah hanya membunuh minat pelajar itu sendiri. Ianya tidak boleh ditelan, lebih susah dari matematik, fizik dan kimia. Tiada formula untuk diguna. Ada yang berpendapat sejarah disekolah hanya sebagai alat ‘brainwash’ generasi muda. Itu cerita lain, fokus apa yang ada dahulu.

-------------------------------------------------------------------------------------

Teater Tun Mahathir dan dokumentari ‘Malayan Emergency’ menceritakan sejarah dari sudut yang lain. Dan aku suka mengatakan mereka berjaya. Penonton teater memberikan ‘standing ovation’, walaupun ceritanya seperti belum digilap sepenuhnya, aku kira mereka berjaya membawa penonton menyelami serba sedikit jalan hidup seorang negarawan. Bukan kerja mudah menceritakan pahit manis 85 tahun dalam masa 3 jam. Aku tidak tahu statistik dokumentari tersebut tetapi dari komen-komen di ‘youtube’ aku tahu mereka berjaya. Ada yang menulis dia baru faham apa yang buku teks sejarah tingkatan 3 cuba ceritakan selepas menonton dokumentari tersebut.

Kedua-duanya menceritakan apa yang sepatutnya diajar di sekolah. Kita fokus pada ‘Malayan Emergency’ kerana lebih mudah dirujuk(ada di 'youtube'). Ia menceritakan kejadian yang berlaku dalam 12 tahun perang tidak rasmi Malaysia dengan komunis. Ia menceritakan kenapa, bagaimana, di mana dan bila mereka terjebak dengan komunis. Ia mewawancara polis, orang awam, juga bekas-bekas komunis yang menyerah semasa zaman darurat tersebut lama sebelum kita generasi X, Y atau Z dilahirkan.

Gambar mayat-mayat di hadapan balai polis, rundingan Baling, dan pengalaman komunis di dalam hutan semasa bekalan makanan disekat dan bunyi bising dari kapal terbang yang terbang rendah begitu membingitkan.

Akhirnya, aku percaya ramai yang faham mengapa dan bagaimana semua ini berlaku, tidak hanya setakat mengetahui bila.

-------------------------------------------------------------------------------------

Biar aku beri contoh jika masih ada yang tidak percaya. Di salah sebuah hostel di UPM, ada sebuah tandas yang cantik dihiasi contengan vandalisme. Walau sudah samar-samar aku masih berjaya membacanya, ianya tertulis SEMBAHYANG JANGAN JERIT. Aku percaya ianya merujuk azan dan solat berjemaah orang Islam. Siapa hendak dipersalahkan atas hal ini. Sikap cauvinisnya kah, kurang ajarnya atau kita semua memandang dari sudut yang salah. Mungkin dia tidak faham mengapa orang Melayu mendapat semua keistimewaan tersebut. Biasiswa, pekerjaan, Islam dan sebagainya. Aku tidak bercakap tentang orang-orang totok politik yang sengaja tidak mahu faham, aku bercakap tentang remaja-remaja yang bercakap ikut sedap mulut mereka.

Mungkin sahaja dia tidak faham bila semua itu ditukarkan dengan kerakyatan datuk moyang mereka. Tiada penduduk asal sesebuah negara yang berkorban lebih banyak dari penduduk Tanah Melayu pada waktu itu. Indonesia tidak berbuat apa yang Melayu buat. Bagaimana mereka mahu faham jika di dalam buku teks hanya menceritakan cerita yang baik-baik sahaja. Bangsa Melayu berkorban mengurangkan majoriti, menang besar pilihanraya pertama kerana sokongan orang Melayu terhadap wakil bukan Melayu. Tidak pernah dicerita tentang kontrak sosial yang menjadi modal kempen sewaktu itu. Kontrak yang akan dipegang selagi wujud Malaysia terchenta ini. Itu sebab semakin lama, semakin ramai yang mempersoalkan hak-hak kita kerana ramai yang tidak faham.

‘Those who cannot remember the past are condemned to repeat it’ quoted from the bottom of every page of history form 5 text book.

Jika tidak mahu sejarah-sejarah busuk Negara berulang, mulakan dengan mengubah cara sejarah itu diceritakan bukan untuk menjaga perasaan sesuatu kaum tanpa perasaan Melayu dijaga.

INILAH DOSA KEDUA-PENCERITAAN SEJARAH …