ya kita sudah merdeka...tunku abdul rahman dulu sudah laung merdeka 7 kali..dah merdekalah kita..MERDEKA!
betullah tu, memang sekarang negara sudah merdeka..tapi soalnya sekarang penjajahan berlaku dalam bentuk yang baru..penjajahan minda, cara hidup, politik..
aku ada "post" di "facebook" yang berbunyi
bolehkah kita pertahankan merdeka ini??
cuma untuk dibalas kembali dengan pertanyaan apa yang aku buat untuk pertahankan?
memang aku tidak angkat senjata untuk merdeka ini..Malaysia kini sudah merdeka, sudah senang, tidak perlu fikir apapun, celik mata saja makanan tersedia..bukan bermakna kita merdeka untuk selama2nya..tidak perlu dipertahankan..jangan dilupa isu2 semasa kini..isu yahudi, isu firaun2 kecil, isu dana luar, ejen asing..ini semua berkait dengan masa depan negara ini..portugis mula2 datang dulupun bukan dengan terus serang membabi buta..mereka kacau pentadbiran melaka.
"jangan tanya apa negara buat kepadamu, tanya apa yang kamu buat untuk negara"-abraham lincoln..
ini yang aku maksudkan tindakan mempertahankan merdeka, bukan mesti kita berpolitik tapi kita ambil tahu supaya senang kita buat pilihan..nilai yang mana intan, yang mana kaca..semua manusia ada silap, tidak sempurna..siapa perintahpun mesti ada kroni, mesti ada rasuah, tidak boleh lari..misi kita cari yang terbaik..kerana orang2 ini yang bertanggungjawab membentuk Malaysia pada masa hadapan...
tindakan membakar gereja suatu ketika tidak lama dahulu, perbuatan menyimbah cat pada surau, video si namewee..perkara2 ini dilakukan oleh remaja yang lahir selepas merdeka..perbuatan sebegini yang akan menggugat keharmonian negara lantas membahayakan kemerdekaan negara..
------------------------------------------------------------------------------------
perhatikan kes-kes di bawah, merdekakah kita?
#1
Situasi-Malaysia vs India, Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh 2010
bersebelahan tempat aku duduk, terdapat satu keluarga yang aku rasakan orang Malaysia juga..kerana bahasa inggerisnya diselang seli dengan bahasa melayu, tak mugkin orang India tahu cakap Melayu..sebaik perlawanan bermula, aku terpana mereka menyokong pasukan India bermati-matian..sudah 53 tahun masih begini keadaannya..puas hatiku melihat Malaysia menang malam itu..
#2
situasi-malam merdeka setiap tahun
lokasi-seluruh negara
prrreeeeengggg...di mana2 sama saja..KL, Ipoh, bandar, pekan dan kampung..atas nama merdeka?rempit=merdekakah??laungan merdeka di stadium merdeka tahun 1957 sama macam laungan ekzos mereka?
disko dan pub dipenuhi remaja2 melayu, juga atas nama menyambut merdeka..aku kagum, pemikiran yang tidak kolot..bagus..
#3
situasi-menteri2, pembesar2, pemimpin2,artis2 dan rakyat ditemuramah
wartawan-datuk boleh komen sedikit?
jawapan diberi-I think that should not be bla bla bla..
artis-I sound stupid when speaking in Malay,
artis-I sedang belajar cakap melayu..
artis-I rasa la kan you all ni tak patut, but you all kena consider..
itu belum dikira orang Malaysia yang masih pelat berbicara, nama saja duduk Malaysia bertahun2..
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dah berpuluh tahun..kalau kita tidak martabatkan bahasa kita, siapa lagi..habis bijaklah kalau berbahasa Inggeris..kolot sangatkah bahasa Melayu?
*nota kaki-gabenor bank negara Malaysia orang mana ye?aku tidak pernah dengar dia berbahasa Melayu..
-------------------------------------------------------------------------------------
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
pada aku bukan bila kita tidak panggil mat salleh tu tuan kita sudah merdeka..
tunku laungkan merdeka tahun 1957..tapi merdeka kita tidak sama dengan merdeka tunku..
cabaran kita bukan lagi untuk merdeka dari penjajah tetapi memerdekakan jiwa kita kerana kita adalah Malaysia yang MERDEKA,MERDEKA, MERDEKA seluruhnya..
Al-fatihah kepada para pejuang negara yang berkorban demi kemerdekaan..InsyaAllah akanku pertahankan..
Tuah dan Jebat-perkelahian dua sahabat yang membawa kematian dan kehilangan. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Tuesday, August 31, 2010
Merdeka..merdeka..merdeka
1511 hingga 1957, jangkamasa yang cukup lama kita dijajah..pada masa itu kita berpecah..melaka adalah Melaka, perak tetap perak, Selangor bukan Malaysia, melayu orang melayu, cina orang cina, india bukan malaysia dan seterusnya..aku aku, engkau engkau..
Tahun 1955-1956, untuk merdeka punya pasal datuk nenek kita dahulu berkorban...raja2 sanggup satukan negeri masing2..sejuta kerakyatan diberikan kepada india dan cina..itu pengorbanan, jangan dipersoalkan lagi..bukan sahaja beri kerakyatan, mereka sanggup lantik bangsa lain jadi wakil mereka..ini asas yang di bina..inilah yang dicapai untuk merdeka..53 tahun asas ini kita pertahan walau ada ranjau datang..TAPI pengorbanan mereka bersyarat..kontrak sosial itu syaratnya, Melayu diiktiraf hak2 istimewa..
-------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa sekarang ini banyak sangat dugaannya..kenapa nak dinafikan hak2 istimewa itu..apa tak cukupkah apa yang diberi selama ini..
Agamapun dipolitikkan sekarang ini, untuk apa semua ini?aku malas nak ulang benda ini..aku tetap tidak bersetuju kerana yang masuk itu ahli politik, sudah tentu penuh muslihat..
Bahasaku dipermain2..nama jalanpun ditukar jadi 3 bahasa..untuk apa?untuk tunjuk ini bukan negara melayu???belum kira yang masih belum fasih2 berbahasa melayu..duduk sini bertahun2 sejak kecil, bercakap lagi pelat dari orang putih..
Aku buat parti harijadi, nampak orang lalu di depan jalan akupun jemput makan..tetamu aku, aku beri peruntukkan 30% dari makanan tersebut sebab kulihat orang jalanan tadi pelahap walaupun jumlah tetamuku lebih banyak..sampai suatu masa, makanan tetamu akupun dia minta sebab tamak..ini sudah lebih kataku..tidak cukupkah apa yang kau dapat?
Kesabaran ada batas..sebelum bernanah lebih baik hentikan permainan ini..jangan cuba bermain dengan api kelak membakar diri..

Sesiapa yang tidak belajar dari sejarah, akan mengulanginya…belajarlah wahai kawan2..pelihara warisan ini..bukan senang untuk merdeka tapi lagi susah mempertahankannya..kita dijajah beratus tahun, kita baru merdeka selama 53 tahun..apakah akan ada 53 tahun lagi?

Friday, August 27, 2010
sudah-sudahlah tu...
dulu kecoh cina baca ayat Al-Quran, lepas itu didoakan cina waktu sembahyang jumaat. ini pula kes bagi tazkirah dalam surau..macam2..seperti biasa Pas mesti setuju punya..
dakwah kata mereka, tapi belum nampakpun rakan diorang masuk Islam lagi..
sudah-sudahlah tu..
-------------------------------------------------------------------------------------
apabila politik di bawa ke masjid...penyudahnya nama km p. pinang yang dipilih untuk didoakan, bijak sangatlah kononnya ..
wahai zakaria, mengapa mesti kau keluar dari norma?tidakkah kau timbang baik buruk doa kau itu sebelum bertindak?
atau kau memang mencari publisiti? tempat kau berkhutbah bukan pentas ceramah politik, itu mimbar masjid tempat suci..cukup2lah berpolitik, jangan sampai ke dalam rumah Allah..
Dewan pemuda PAS menyokong tindakan khatib Zakaria itu..kalau benar boleh dilakukan dari hukum agama, cuba buat di kelantan..doakan saja rakan2 lain..karpal sigh, lim kit siang dll..apa kata orang Kelantan..
sudah-sudahlah tu..
------------------------------------------------------------------------------------
"Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya". -Teo Nie Ching-
kenapa sampai ke ruang solat utama? kau kata kau siasat sebelum masuk tapi kenapa tiada tudung?masjid putrajaya, masjid Negara semuanya menyediakan jubah menutup kepala sebelum bukan Islam masuk melawat..itupun cuma dibenarkan di kawasan ruang legar masjid, tidak di ruang solat utama.. di masjid mana kau siasat?
ahli Pas memang akan benarkan sahaja supaya mereka nampak berbeza dengan UMNO, nampak tidak perkauman..supaya nampak bijak padahal menyerlahkan lagi ketidakcerdikan mereka..
bukankah paduka sultan Selangor sudah bertitah jangan berpolitik di masjid..maksud baginda jangan beri orang politik ruang di masjid, dikhuatiri kelak membawa perpecahan. bukan memisahkan politik dan agama tapi politik yang dibawa itu politik partisan, membawa perpecahan..bayangkan dalam surau itu, ketika si Teo Nie Ching itu bertazkirah ada orang UMNO tak ke dia marah..sama juga kalau UMNO panggil samy vellu masuk surau..orang mesti pelik..negara ini belum matang berpolitik..

sudah-sudahlah tu
terlalu banyak politik pada hari ini
hari-hari orang ni kata orang tu, orang itu kata orang ini
kerja tak banyak yang jalan
tengok Perak sudah, tiap kali sidang DUN gaduh..lepas itu tangguh
sidang DUN buat cukup syarat sahaja
bila masanya mereka berdiskusi secara matang, kitapun tidak tahu
gaji buta la, itu sebab semua adun2 perut buncit..hahaha..

apa nak jadi????
hari itu aku pergi rumah rakanku..agak lama tidak berjumpa aku mengambil keputusan untuk singgah di rumahnya. jam tepat pukul 930 malam..anak2 rakanku leka bermain. dari dalam sampai ke luar rumah..biarkan saja kata bapanya..memang sedikit nakal katanya, biasalah budak2 baru 6 dan 8 tahun..
sedang kami bersembang, si adik masuk ke rumah mencari ibunya..diminta teman ke bilik air..hahaha..dalam nakal2, penakut rupanya..tidak lama kemudian masuk pula si abang juga mahu diteman kencing..ibu yang agak sibuk mula marah kerana si abang yang besarpun nak berteman..ibu membebel tentang kerapnya menonton cerita seram di tv. ha akhirnya, sudah lamaku mencari bukti, baru sekarang berjumpa...impak dan kesan cerita seram di panggung mahupun tv..
wahai pemain industri tv dan filem...
cuba pejam mata seketika,fikirkan tentang generasi hadapan yang dimomokkan dengan cerita2 begini akan menjadi apa?
apa akan lebih berimankah mereka dengan cerita2 seram kamu atau menjadi bangsa penakut?
ingin aku tanya apa pengajaran, apa moral, apa sumbangan dari cerita2 seram melainkan ketakutan dan tahyul. hanya itu yang aku mampu fikirkan.. tidak tahulah kalau ada pengajaran yang maha hebat yang kamu temukan sehingga semua berlumba2 menghasilkan filem seram, lepas satu satu...sudahlah teknik2 penggambarannya tidak seberapa..
diawal cerita diberi amaran "cerita ini adalah rekaan semata2 bla bla bla".. apa itu menjadi klausa kepada kalian untuk melepaskan diri dari generasi penakut ini? bila nafsu menguasai diri, pergi mati apa nak jadi di kemudian hari..
umur 7 tahun takut ke bilik air di dalam rumah. bagaimana mereka ini mahu berhadapan risiko yang lebih besar kelak?..
jangan hanya kejar untung..filem, drama, lagu dan sebagainya merupakan elemen penting meencorak negara..mengapa mesti terkongkong dalam ruang yang negatif sahaja, hantu, rempit, gejala sosial, seks. menagapa mesti elemen itu yang ditonjolkan..tidak bolehkah bikin satu filem tentang sejarah kita, cerita yang memberi inspirasi untuk kita berjaya..bila anak kecil lihat heronya, ya anak2 kecil generasi hadapan kita ini akan berkata aku mahu jadi macam dia, berjaya di puncak dunia..cerita yang memberi inspirasi bukan cerita picisan..
aku teringat cerita 3 idiots(cerita hindustan,aku bukan tengok sangat hindustan tapi cerita ini agak menarik )cerita mengenai pelajar yang hanya menurut sistem dan pelajar yang cintakan ilmu..mengapa tidak kita buat cerita sebegitu sejajar dengan cadangan kerajaan hendak memansuhkan upsr dan pmr..biar terbuka mata rakyat kesan cadangan itu..
cukup2lah cerita2 tahyul dan negatif ini, jalan cerita yang sama cuma hantunya saja berubah2..dari maya karin hingga ke anak pontianak(namanya aku tak ingat cuma ingat pasal kontroversi2 dia saja). jangan nanti generasi kita berani merempit, bergaduh tapi takut hantu..bukan pula aku menyokong rempit, cuma kombinasinya kurang sesuai..memang entiti ini wujud, tak perlu filempun kami tahu dia wujud..biarkan mereka dengan alam mereka, kita alam kita..
p/s- tak sabar menunggu hikayat merong mahawangsa, aku lihat 'trailer' macam menarik

Thursday, August 26, 2010
bismillahirrahmanirrahim...
dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha pengasihani..
bantulah aku dalam penulisan ini agar yang baik menjadi tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan..
tulis blog?nak buat ape?
di sini aku ingin luahkan pendapat aku..
cuba bercerita dari sudut aku, mungkin berbeza mungkin sama..
Malaysia-negara bebas bersuara...benarkah bebas?
perlukah kebebasan secara total diberikan?
ramai sangat yang menulis dewasa ini..segala perihal kehidupan ingin dilontar...
aku..."just want to pen my thought"....
apa terlintas, insyaallah,jika masa mengizinkan
akan kukongsikan bersama...

Subscribe to:
Posts (Atom)