hari itu aku pergi rumah rakanku..agak lama tidak berjumpa aku mengambil keputusan untuk singgah di rumahnya. jam tepat pukul 930 malam..anak2 rakanku leka bermain. dari dalam sampai ke luar rumah..biarkan saja kata bapanya..memang sedikit nakal katanya, biasalah budak2 baru 6 dan 8 tahun..
sedang kami bersembang, si adik masuk ke rumah mencari ibunya..diminta teman ke bilik air..hahaha..dalam nakal2, penakut rupanya..tidak lama kemudian masuk pula si abang juga mahu diteman kencing..ibu yang agak sibuk mula marah kerana si abang yang besarpun nak berteman..ibu membebel tentang kerapnya menonton cerita seram di tv. ha akhirnya, sudah lamaku mencari bukti, baru sekarang berjumpa...impak dan kesan cerita seram di panggung mahupun tv..
wahai pemain industri tv dan filem...
cuba pejam mata seketika,fikirkan tentang generasi hadapan yang dimomokkan dengan cerita2 begini akan menjadi apa?
apa akan lebih berimankah mereka dengan cerita2 seram kamu atau menjadi bangsa penakut?
ingin aku tanya apa pengajaran, apa moral, apa sumbangan dari cerita2 seram melainkan ketakutan dan tahyul. hanya itu yang aku mampu fikirkan.. tidak tahulah kalau ada pengajaran yang maha hebat yang kamu temukan sehingga semua berlumba2 menghasilkan filem seram, lepas satu satu...sudahlah teknik2 penggambarannya tidak seberapa..
diawal cerita diberi amaran "cerita ini adalah rekaan semata2 bla bla bla".. apa itu menjadi klausa kepada kalian untuk melepaskan diri dari generasi penakut ini? bila nafsu menguasai diri, pergi mati apa nak jadi di kemudian hari..
umur 7 tahun takut ke bilik air di dalam rumah. bagaimana mereka ini mahu berhadapan risiko yang lebih besar kelak?..
jangan hanya kejar untung..filem, drama, lagu dan sebagainya merupakan elemen penting meencorak negara..mengapa mesti terkongkong dalam ruang yang negatif sahaja, hantu, rempit, gejala sosial, seks. menagapa mesti elemen itu yang ditonjolkan..tidak bolehkah bikin satu filem tentang sejarah kita, cerita yang memberi inspirasi untuk kita berjaya..bila anak kecil lihat heronya, ya anak2 kecil generasi hadapan kita ini akan berkata aku mahu jadi macam dia, berjaya di puncak dunia..cerita yang memberi inspirasi bukan cerita picisan..
aku teringat cerita 3 idiots(cerita hindustan,aku bukan tengok sangat hindustan tapi cerita ini agak menarik )cerita mengenai pelajar yang hanya menurut sistem dan pelajar yang cintakan ilmu..mengapa tidak kita buat cerita sebegitu sejajar dengan cadangan kerajaan hendak memansuhkan upsr dan pmr..biar terbuka mata rakyat kesan cadangan itu..
cukup2lah cerita2 tahyul dan negatif ini, jalan cerita yang sama cuma hantunya saja berubah2..dari maya karin hingga ke anak pontianak(namanya aku tak ingat cuma ingat pasal kontroversi2 dia saja). jangan nanti generasi kita berani merempit, bergaduh tapi takut hantu..bukan pula aku menyokong rempit, cuma kombinasinya kurang sesuai..memang entiti ini wujud, tak perlu filempun kami tahu dia wujud..biarkan mereka dengan alam mereka, kita alam kita..
p/s- tak sabar menunggu hikayat merong mahawangsa, aku lihat 'trailer' macam menarik
No comments:
Post a Comment