Thursday, September 23, 2010

Sesiapa, tolong fahamkan aku...

Ibu tertuduh meraung, pengsan 2 kali
Oleh Rafidah Mat Ruzki

2010/09/23
SHAH ALAM: Suasana di Mahkamah Tinggi di sini, menjadi hiba apabila ibu tertuduh kes pembunuhan kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari, terus berlari dan memeluk erat, Mohd Fazli Azri Jamil, sambil meraung menyatakan bahawa anaknya tidak bersalah.

"Abang tidak bersalah, mama yang bersalah. Biarlah mama yang mati," kata wanita itu, Norhaziah Yusof, 52, menyebabkan tertuduh, yang pada mulanya kelihatan tenang, mengalirkan air mata sambil meminta ibunya mengawal emosi.

Norhaziah, yang tidak dapat mengawal kesedihannya, pengsan sebanyak dua kali sehingga terpaksa dipangku dan ditenangkan oleh anggota keluarganya yang lain.
Siti Nurhanim yang turut hadir di mahkamah kemudian mendapatkan Mohd Fazli sambil menangis dan tertuduh seterusnya dilihat mencium pipi wanita itu ketika dia digari semula untuk dibawa ke lokap mahkamah sebelum dihantar ke penjara.

Ketika dibawa keluar dari mahkamah, tertuduh sempat mengucapkan terima kasih kepada pemberita yang masih berada di galeri awam.

Anggota keluarga tertuduh kemudian dilihat menghalang jurugambar daripada mengambil gambar mereka ketika membawa Norhaziah keluar dari mahkamah.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Siti Nurhanim berkata, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan ketika ditanya sama ada beliau memaafkan tertuduh, Siti Nurhanim berkata:
"Sebenarnya saya tidak pernah marah tertuduh sebab dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk bunuh anak saya."

Ditanya sama ada beliau masih menyayangi Mohd Fazli Azri, Siti Nurhanim berkata: "Sebab dia (tertuduh) terlampau sayang anak sayalah (Syafiah Humaira) saya sayang dia. Tertuduh seorang yang penyayang."


-----------------------------------------------------------------------------------

Aku tidak mahu terlalu cepat membuat konklusi. Walau ikut mana aku cuba, aku tetap bingung dengan sikap emak seperti ini.. Sudahlah dia kantoi bersekedudukan dengan bukan suaminya..Suami dalam penjara kes bunuh, dia berulit asmara dengan seorang lagi pembunuh yang membunuh anaknya sendiri..Pada aku ini petunjuk Allah, kalau tidak kerana kes ini, entah sampai bila mereka bersama tanpa ikatan.

Yang buat aku tidak faham ialah bagaimana seorang ibu langsung tiada belas kasihan kepada anaknya yang mati di dera di tangan kekasihnya. Siap cakap yang beliau TIDAK PERNAH MARAH TERTUDUH..

Hoi kak, aku ini dan seluruh Malaysia sedih teramat sangat dengan kejadian yang menimpa anak kau dan rasa nak je pukul 'jantan dayus' kau itu. Bagaimana kau masih boleh berkata sedemikian akupun tidak faham.

"anyone can explain to me what this mother is thinking????"
Al-fatihah to Syafiah Humaira Sahari

Surat Untuk Pimpinan FAM I

Ke hadapan pimpinan tertinggi FAM..

Pertama-tamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana menyediakan sebuah liga yang 'sangat' menarik dan kompetitif bagi rakyat Malaysia. Corak permainan dan gol-gol yang dijaringkan sungguh berkualiti seperti di EPL. Pemain-pemain pula tanpa diragui mempunyai kemahiran tinggi seperti pemain Eropah.

Dek kerana kemahiran yang tinggi itulah liga kita tidak seperti di negara lain. Seminggu ada dua perlawanan. Ambil contoh pasukan Perak pada 10 september(Jumaat) bermain di Kedah, dan 13 september(Isnin) bermain di Johor.Maaf tapi jadual ini merepek. Bukan mencari alasan tetapi cuba bayangkan, katakan pasukan bertolak ke Ipoh pada pagi Sabtu dan rehat sehari diberikan maknanya hari sabtu tersebut memang tiada latihan. Pada hari Ahad bertolak ke Johor untuk mengelakkan perjalanan hari Isnin yang memenatkan. Bila masa mereka membetulkan kesilapan perlawanan terdahulu? Itu belum lagi dikira pasukan dari Sabah dan Sarawak. Oh maaf,saya terlupa yang pemain kita berkualiti tinggi.

Saya tidak tahu untuk membuat jadual, tetapi bagi saya jadual liga memang merepek. Sedang liga berlangsung, masa itulah hendak diadakan perlawanan antarabangsa. Ambil pemain pasukan negeri, biar negeri tanggung kekalahan. Kenapa di Jepun dan Korea tidak pernah bertembungpun jadual liga dan perlawanan antarabangsa mereka. kita tidak boleh menbandingkan dengan Eropah sebab mereka tidak hebat, itu sebab saya banding dengan negara yang dahulu setaraf dengan kita. Tetapi hari ini, kita jauh meninggalkan, opps silap, ditinggalkan mereka. Mereka sudah sampai hingga ke Piala Dunia tetapi kita masih berbangga dengan si tukang angkat 'signboard' di tepi padang semasa Piala Dunia. Tahniah FAM kerana berjaya meletakkan wakil di Piala Dunia.


Liga kita juga merupakan satu-satunya liga profesional yang tidak membenarkan pemain import. Maklumlah, pemain kita lebih handal dari pemain luar, tidak perlu tunjuk ajar orang lain. Tengok sahaja kehadiran penonton yang melambung sejak menghapuskan pemain import. Tetapi sebagai orang yang masih mengikuti liga yang sungguh seronok ini, ada ura-ura yang pemain import ini akan kembali. Untuk lebih mengurangkan keseronokan ligalah agaknya. Disini ingin saya memberi idea supaya pemain import di ambil sebanyak 5 orang tetapi dihadkan kepada tiga setiap perlawanan. Pada logik akal saya jika sebelum ini 3 orang, maknanya pada setiap kali latihan kelompok mereka ini masih sebagai minoriti dan secara logiknya yang sedikit akan mengikut yang ramai dan akhirnya taraf permainan pemain import tadi akan terjejas. Tetapi jika diambil 5 atau 6 orang, permainan akan lebih adil dan memberi peluang pemain lokal untuk lebih belajar dari pemain import.

Yang ini saya memang cukup kagum, bab penonton. Fanatik yang amat sangat kalah kelab-kelab lain di dunia(ada sesetengah negeri sahaja yang tidak banyak penonton itu, nasiblah). Saya tahu ini bukan kerja FAM tetapi disebabkan saya masih sayangkan liga ini terpaksa saya tulis juga. Mercun, baling botol, bakar kerusi dan sebagainya membantutkan niat penonton untuk ke stadium. Jadi mana-mana pasukan yang berbuat sedemikian, kenakan sahaja tindakan bermain tanpa penonton. Pedulikan rayuan-rayuan, penonton perlu bertanggungjawab terhadap tindakan penonton. Lama-kelamaan saya percaya mereka akan lebih bertanggungjawab. Kalau susah sangat, berikan sahaja ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menangkap gambar si pembaling mercun, botol atau berkelakuan tidak rasional di dalam stadium. Ganjaran berupa tiket percuma perlawanan seterusnya sudah memadai.

Satu masalah yang memang di bawah tanggungjawab FAM adalah pengadil. Tetapi kemarahan penonton tidak mungkin kerana mutu pengadilan. Pengadil-pengadil di Malaysia semuanya baik kalau tidak mana mungkin terpilih untuk menjadi si tukang angkat 'signboard' di tepi padang sewaktu Piala Dunia. Keputusan mereka mesti betul, penonton yang marah itu mesti tidak tahu undang-undang bolasepak. Maklumlah, kita ini semua tidak terdedah kepada permainan negara-negara luar seperti EPL. Penonton tidak tahu 'offside' itu macamana. Itu semua sukahati penjaga garisan sahaja.

Akhir kata, kepada kepimpinan FAM saya amat berdukacita jika tuan-tuan mengambil segala saranan saya dan pengkritik-pengkritik bolasepak di Malaysia kerana bolasepak di Malaysia sudah mencapai tahap yang membanggakan. Menang Emas di sukan SEA sudah memadai. Semua kritikan-kritikan itu saya percaya hanya untuk melariskan suratkhabar dan untuk menjadi popular.

Majulah FAM untuk bolasepak Malaysia.

Yang benar,
Tuah Jebat.
(Peminat Bolasepak Malaysia)

Wednesday, September 15, 2010

Alahai Pemimpin

Kes pembunuhan 4 mangsa terbaru di Banting(tidak perlu diulas panjang), semua berlumba-lumba beri kenyataan.."Ini bukan isu perkauman", kata seorang dua pemimpin..Bukan kita nak jadikan isu ini perkaumanpun, memadai jika semua orang terutama pemimpin, yang mempunyai platform mengutuk tindakan syaitan ini..

Jika kes-kes sebelum ini tidak kira apa bangsa sekalipun berderu orang menyatakan sokongan dan simpati sampai pak haji pun nyala lilin dalam upacara memperingati, apa kali ini tidak bolehkah kita kutuk secara habis-habisan???Sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada pihak berwajib untuk menyegerakan siasatan dan hukuman..Tetapi kenapa bantahan kali ini tidak sekuat dahulu, apa kerana yang mati itu semuanya bin dan binti, maka tidak perlu bising-bising atau tidak membawa keuntungan politik..

Aku tertarik dengan perkembagan terbaru mengenai ngo kaum..Kaum lain juga ada ngonya sendiri, ada Dong Zong, Suqiu dan Hindraf serta lain-lain..Jadi apa masalahnya bila Melayu ada 'ngo'nya sendiri?Yang lagi memeningkan parti Melayu sendiri tolak ngo ini..Aku belum dengar lagi kaum lain tolak ngo mereka, cuma Melayu sahaja yang buat..Maklumlah bangsa Melayu tinggi sopan santunnya, jadi kena jaga hati bangsa lain..biar bangsa sendiri melukut di tepi gantang..

'Jika orang Melayu gembira, orang lain di negara ini akan gembira. Begitu juga sebaliknya jika orang Melayu tidak gembira'
Tun Abdul Razak


Satu masa dahulu, kecoh dengan tindakan seorang pemimpin mencium dan menghunus keris dalam sebuah perhimpunan. Kononnya pemimpin tersebut ingin menakut-nakutkan kaum-kaum lain. Padahal menteri tu pun tiadalah tinggi sangat keberaniannya. Digertak sedikit, terus minta maaf. Kadang-kadang aku berasa hairan, apalah yang ditakutkan sangat dengan keris puaka berkarat tu. Orang-orang melayu gunakan keris masa kahwin saja pun...Apa yang salahnya cium keris itu..Sekadar lambang bangsa Melayu,kalau bangsa lain marah meraka boleh tonjolkan lambang mereka..Buatlah tarian singa ke tarian api ke sebagai lambang bangsa..hanya sebagai satu perlambangan..

Seorang pemimpin menyatakan fakta berdasarkan sejarah, seorang TPM meminta maaf..
Seorang pemimpin menyokong kuota 30% bumiputera dihapuskan, belumpun minta maaf lagi..


Melayu ini terlalu tinggi budi bahasanya..Biar kita tetamu duduk di atas, biar tuan rumah di bawah..terlalu tinggi sopan dan santunnya..tersangatlah apologetik..

Di dalam sebuah buku yang aku baca karangan Syed Husin Alattas ada mengisahkan surat dari Tunku Abdul Rahman kepadanya..Ya ini buku lama, lewat tahun 1980-an tetapi ada sesuatu yang ingin aku kongsikan..

Petikan surat Tunku berhuruf tebal..
Keadaan negeri Amerika dan Britain sebagai harimau dan keadaan kita macam kucing, tidak harus dibanding negeri kita dengan negara-negara itu..

Sedikit sangat yang aku tahu mengenai zaman sebelum merdeka, tidak layak untuk aku ulas kenyataan tersebut tambahan ianya datang dari tokoh besar..Tetapi ingin aku tegaskan bahawa aku, generasi Tun Mahathir percaya yang negara aku bukan seekor kucing..Negara dan bangsaku sudah duduk sama rendah berdirisama tinggi dengan negara-negara lain..

Cuma mungkin ada beberapa kerat pemimpin yang masih mewarisi sifat-sifat kucing dalam diri mereka..

alahai pemimpinku..
pemimpin berjiwa kucing ke...

Fikir-fikirkan..

Negara Bangsa Malaysia, kesamarataan, tiada perkauman, 1Malaysia, Malaysian Malaysia..semua boleh mimpi naik bot..

Pada hemat aku negara bangsa tidak akan terbentuk untuk satu tempoh yang panjang..Tidak dengan masih adanya sistem sekolah vernakular!Apa masalah dengan sekolah kebangsaan? Jika tidak cukup baik sekalipun, sama-samalah berusaha memperbaikinya..Jika soal bahasa jadi permasalahannya, ajarkan sahaja di sekolah kebangsaan..Jika kebudayaan menjadi alasan, wujudkan sahaja kelab-kelab dan persatuan..Samapai di iptapun mereka tidak bermasalah untuk menjalankan persatuan-persatuan ini, aku tidak nampak masalahnya. Realiti yang aku nampak di Malaysia khususnya di ipta, memang sukar nak disatukan kaum-kaum ini..Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebung, lihat iklan Petronas kisah cinta Tan Hong Ming dan Umi Qazrina(rindu pada hasil tangan Yasmin Ahmad)..

Mana mungkin mahu membentuk negara bangsa jika masih berkiblatkan negara tanah besar mereka..Aku pernah ulas kejadian orang Malaysia sokong India sewaktu perlawanan hoki antara Malaysia dan India dalam "post" Merdekakah Kita..

Mana mungkin mahu membentuk negara bangsa jika diiklan jawatan kosong ada tertera perlu fasih bahasa tertentu selain bahasa Melayu dan Inggeris..

Mana mungkin mahu membentuk negara bangsa jika rakyatnya sendiri tidak boleh berbahasa Melayu..

Mana mungkin mahu membentuk negara bangsa jika parti politiknya yang dikatakan parti berbilang kaum langsung tidak menunjukkan populasi rakyat negara ini dan hanya dikuasai oleh kaum tertentu..

-------------------------------------------------------------------------------------
Semuanya bermula di sekolah..Inilah realiti, pada aku yang melihat keadaan rakyat biasa di bawah ini memang tiada kesepaduan..kelab-kelab, persatuan-persatuan hatta kumpulan kawan sekalipun amat jarang konsep 1Malaysia itu ditemui..

Jenguklah di ipta-ipta,pejabat-pejabat..kita masih berdiri sebagai kaum tertentu..

Jika wujudnya idea oleh pihak tertentu untuk mewujudkan sekolah satu aliran, pihak tersebut akan digelar rasis.. Dalam masa yang sama merekalah yang memperjuangkan kesamarataan di Malaysia ini. Di mana letaknya kesamarataan? Sekolah yang berbeza untuk semua warganegara atau satu sekolah yang sama untuk semua warganegaranya? Fikir-fikirkanlah. (nak tahu apa pendapat ketua umum parti mata lebam)

Aku tetap dengan pendirianku bahawa kejayaan masa hadapan perlu bermula di sekolah dan hanya dengan sekolah satu aliran sahaja kita mampu mencapai kesepaduan..

jenguk-jenguklah ke alamat ini..
http://www.thepetitionsite.com/1/kempen-satu-sekolah-untuk-semua/