Thursday, September 23, 2010

Sesiapa, tolong fahamkan aku...

Ibu tertuduh meraung, pengsan 2 kali
Oleh Rafidah Mat Ruzki

2010/09/23
SHAH ALAM: Suasana di Mahkamah Tinggi di sini, menjadi hiba apabila ibu tertuduh kes pembunuhan kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari, terus berlari dan memeluk erat, Mohd Fazli Azri Jamil, sambil meraung menyatakan bahawa anaknya tidak bersalah.

"Abang tidak bersalah, mama yang bersalah. Biarlah mama yang mati," kata wanita itu, Norhaziah Yusof, 52, menyebabkan tertuduh, yang pada mulanya kelihatan tenang, mengalirkan air mata sambil meminta ibunya mengawal emosi.

Norhaziah, yang tidak dapat mengawal kesedihannya, pengsan sebanyak dua kali sehingga terpaksa dipangku dan ditenangkan oleh anggota keluarganya yang lain.
Siti Nurhanim yang turut hadir di mahkamah kemudian mendapatkan Mohd Fazli sambil menangis dan tertuduh seterusnya dilihat mencium pipi wanita itu ketika dia digari semula untuk dibawa ke lokap mahkamah sebelum dihantar ke penjara.

Ketika dibawa keluar dari mahkamah, tertuduh sempat mengucapkan terima kasih kepada pemberita yang masih berada di galeri awam.

Anggota keluarga tertuduh kemudian dilihat menghalang jurugambar daripada mengambil gambar mereka ketika membawa Norhaziah keluar dari mahkamah.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Siti Nurhanim berkata, beliau tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah dan ketika ditanya sama ada beliau memaafkan tertuduh, Siti Nurhanim berkata:
"Sebenarnya saya tidak pernah marah tertuduh sebab dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk bunuh anak saya."

Ditanya sama ada beliau masih menyayangi Mohd Fazli Azri, Siti Nurhanim berkata: "Sebab dia (tertuduh) terlampau sayang anak sayalah (Syafiah Humaira) saya sayang dia. Tertuduh seorang yang penyayang."


-----------------------------------------------------------------------------------

Aku tidak mahu terlalu cepat membuat konklusi. Walau ikut mana aku cuba, aku tetap bingung dengan sikap emak seperti ini.. Sudahlah dia kantoi bersekedudukan dengan bukan suaminya..Suami dalam penjara kes bunuh, dia berulit asmara dengan seorang lagi pembunuh yang membunuh anaknya sendiri..Pada aku ini petunjuk Allah, kalau tidak kerana kes ini, entah sampai bila mereka bersama tanpa ikatan.

Yang buat aku tidak faham ialah bagaimana seorang ibu langsung tiada belas kasihan kepada anaknya yang mati di dera di tangan kekasihnya. Siap cakap yang beliau TIDAK PERNAH MARAH TERTUDUH..

Hoi kak, aku ini dan seluruh Malaysia sedih teramat sangat dengan kejadian yang menimpa anak kau dan rasa nak je pukul 'jantan dayus' kau itu. Bagaimana kau masih boleh berkata sedemikian akupun tidak faham.

"anyone can explain to me what this mother is thinking????"
Al-fatihah to Syafiah Humaira Sahari

No comments:

Post a Comment