Wednesday, September 15, 2010

Alahai Pemimpin

Kes pembunuhan 4 mangsa terbaru di Banting(tidak perlu diulas panjang), semua berlumba-lumba beri kenyataan.."Ini bukan isu perkauman", kata seorang dua pemimpin..Bukan kita nak jadikan isu ini perkaumanpun, memadai jika semua orang terutama pemimpin, yang mempunyai platform mengutuk tindakan syaitan ini..

Jika kes-kes sebelum ini tidak kira apa bangsa sekalipun berderu orang menyatakan sokongan dan simpati sampai pak haji pun nyala lilin dalam upacara memperingati, apa kali ini tidak bolehkah kita kutuk secara habis-habisan???Sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada pihak berwajib untuk menyegerakan siasatan dan hukuman..Tetapi kenapa bantahan kali ini tidak sekuat dahulu, apa kerana yang mati itu semuanya bin dan binti, maka tidak perlu bising-bising atau tidak membawa keuntungan politik..

Aku tertarik dengan perkembagan terbaru mengenai ngo kaum..Kaum lain juga ada ngonya sendiri, ada Dong Zong, Suqiu dan Hindraf serta lain-lain..Jadi apa masalahnya bila Melayu ada 'ngo'nya sendiri?Yang lagi memeningkan parti Melayu sendiri tolak ngo ini..Aku belum dengar lagi kaum lain tolak ngo mereka, cuma Melayu sahaja yang buat..Maklumlah bangsa Melayu tinggi sopan santunnya, jadi kena jaga hati bangsa lain..biar bangsa sendiri melukut di tepi gantang..

'Jika orang Melayu gembira, orang lain di negara ini akan gembira. Begitu juga sebaliknya jika orang Melayu tidak gembira'
Tun Abdul Razak


Satu masa dahulu, kecoh dengan tindakan seorang pemimpin mencium dan menghunus keris dalam sebuah perhimpunan. Kononnya pemimpin tersebut ingin menakut-nakutkan kaum-kaum lain. Padahal menteri tu pun tiadalah tinggi sangat keberaniannya. Digertak sedikit, terus minta maaf. Kadang-kadang aku berasa hairan, apalah yang ditakutkan sangat dengan keris puaka berkarat tu. Orang-orang melayu gunakan keris masa kahwin saja pun...Apa yang salahnya cium keris itu..Sekadar lambang bangsa Melayu,kalau bangsa lain marah meraka boleh tonjolkan lambang mereka..Buatlah tarian singa ke tarian api ke sebagai lambang bangsa..hanya sebagai satu perlambangan..

Seorang pemimpin menyatakan fakta berdasarkan sejarah, seorang TPM meminta maaf..
Seorang pemimpin menyokong kuota 30% bumiputera dihapuskan, belumpun minta maaf lagi..


Melayu ini terlalu tinggi budi bahasanya..Biar kita tetamu duduk di atas, biar tuan rumah di bawah..terlalu tinggi sopan dan santunnya..tersangatlah apologetik..

Di dalam sebuah buku yang aku baca karangan Syed Husin Alattas ada mengisahkan surat dari Tunku Abdul Rahman kepadanya..Ya ini buku lama, lewat tahun 1980-an tetapi ada sesuatu yang ingin aku kongsikan..

Petikan surat Tunku berhuruf tebal..
Keadaan negeri Amerika dan Britain sebagai harimau dan keadaan kita macam kucing, tidak harus dibanding negeri kita dengan negara-negara itu..

Sedikit sangat yang aku tahu mengenai zaman sebelum merdeka, tidak layak untuk aku ulas kenyataan tersebut tambahan ianya datang dari tokoh besar..Tetapi ingin aku tegaskan bahawa aku, generasi Tun Mahathir percaya yang negara aku bukan seekor kucing..Negara dan bangsaku sudah duduk sama rendah berdirisama tinggi dengan negara-negara lain..

Cuma mungkin ada beberapa kerat pemimpin yang masih mewarisi sifat-sifat kucing dalam diri mereka..

alahai pemimpinku..
pemimpin berjiwa kucing ke...

No comments:

Post a Comment