Friday, August 27, 2010

sudah-sudahlah tu...

dulu kecoh cina baca ayat Al-Quran, lepas itu didoakan cina waktu sembahyang jumaat. ini pula kes bagi tazkirah dalam surau..macam2..seperti biasa Pas mesti setuju punya..
dakwah kata mereka, tapi belum nampakpun rakan diorang masuk Islam lagi..
sudah-sudahlah tu..

-------------------------------------------------------------------------------------

apabila politik di bawa ke masjid...penyudahnya nama km p. pinang yang dipilih untuk didoakan, bijak sangatlah kononnya ..

wahai zakaria, mengapa mesti kau keluar dari norma?tidakkah kau timbang baik buruk doa kau itu sebelum bertindak?
atau kau memang mencari publisiti? tempat kau berkhutbah bukan pentas ceramah politik, itu mimbar masjid tempat suci..cukup2lah berpolitik, jangan sampai ke dalam rumah Allah..

Dewan pemuda PAS menyokong tindakan khatib Zakaria itu..kalau benar boleh dilakukan dari hukum agama, cuba buat di kelantan..doakan saja rakan2 lain..karpal sigh, lim kit siang dll..apa kata orang Kelantan..
sudah-sudahlah tu..

------------------------------------------------------------------------------------

"Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya". -Teo Nie Ching-

kenapa sampai ke ruang solat utama? kau kata kau siasat sebelum masuk tapi kenapa tiada tudung?masjid putrajaya, masjid Negara semuanya menyediakan jubah menutup kepala sebelum bukan Islam masuk melawat..itupun cuma dibenarkan di kawasan ruang legar masjid, tidak di ruang solat utama.. di masjid mana kau siasat?
ahli Pas memang akan benarkan sahaja supaya mereka nampak berbeza dengan UMNO, nampak tidak perkauman..supaya nampak bijak padahal menyerlahkan lagi ketidakcerdikan mereka..

bukankah paduka sultan Selangor sudah bertitah jangan berpolitik di masjid..maksud baginda jangan beri orang politik ruang di masjid, dikhuatiri kelak membawa perpecahan. bukan memisahkan politik dan agama tapi politik yang dibawa itu politik partisan, membawa perpecahan..bayangkan dalam surau itu, ketika si Teo Nie Ching itu bertazkirah ada orang UMNO tak ke dia marah..sama juga kalau UMNO panggil samy vellu masuk surau..orang mesti pelik..negara ini belum matang berpolitik..

sudah-sudahlah tu..

-------------------------------------------------------------------------------------

sudah-sudahlah tu
terlalu banyak politik pada hari ini
hari-hari orang ni kata orang tu, orang itu kata orang ini
kerja tak banyak yang jalan
tengok Perak sudah, tiap kali sidang DUN gaduh..lepas itu tangguh
sidang DUN buat cukup syarat sahaja
bila masanya mereka berdiskusi secara matang, kitapun tidak tahu
gaji buta la, itu sebab semua adun2 perut buncit..hahaha..

No comments:

Post a Comment