Tuesday, August 31, 2010

Merdekakah kita?

ya kita sudah merdeka...tunku abdul rahman dulu sudah laung merdeka 7 kali..dah merdekalah kita..MERDEKA!

betullah tu, memang sekarang negara sudah merdeka..tapi soalnya sekarang penjajahan berlaku dalam bentuk yang baru..penjajahan minda, cara hidup, politik..

aku ada "post" di "facebook" yang berbunyi
bolehkah kita pertahankan merdeka ini??
cuma untuk dibalas kembali dengan pertanyaan apa yang aku buat untuk pertahankan?

memang aku tidak angkat senjata untuk merdeka ini..Malaysia kini sudah merdeka, sudah senang, tidak perlu fikir apapun, celik mata saja makanan tersedia..bukan bermakna kita merdeka untuk selama2nya..tidak perlu dipertahankan..jangan dilupa isu2 semasa kini..isu yahudi, isu firaun2 kecil, isu dana luar, ejen asing..ini semua berkait dengan masa depan negara ini..portugis mula2 datang dulupun bukan dengan terus serang membabi buta..mereka kacau pentadbiran melaka.

"jangan tanya apa negara buat kepadamu, tanya apa yang kamu buat untuk negara"-abraham lincoln..

ini yang aku maksudkan tindakan mempertahankan merdeka, bukan mesti kita berpolitik tapi kita ambil tahu supaya senang kita buat pilihan..nilai yang mana intan, yang mana kaca..semua manusia ada silap, tidak sempurna..siapa perintahpun mesti ada kroni, mesti ada rasuah, tidak boleh lari..misi kita cari yang terbaik..kerana orang2 ini yang bertanggungjawab membentuk Malaysia pada masa hadapan...

tindakan membakar gereja suatu ketika tidak lama dahulu, perbuatan menyimbah cat pada surau, video si namewee..perkara2 ini dilakukan oleh remaja yang lahir selepas merdeka..perbuatan sebegini yang akan menggugat keharmonian negara lantas membahayakan kemerdekaan negara..

------------------------------------------------------------------------------------
perhatikan kes-kes di bawah, merdekakah kita?

#1
Situasi-Malaysia vs India, Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh 2010

bersebelahan tempat aku duduk, terdapat satu keluarga yang aku rasakan orang Malaysia juga..kerana bahasa inggerisnya diselang seli dengan bahasa melayu, tak mugkin orang India tahu cakap Melayu..sebaik perlawanan bermula, aku terpana mereka menyokong pasukan India bermati-matian..sudah 53 tahun masih begini keadaannya..puas hatiku melihat Malaysia menang malam itu..

#2
situasi-malam merdeka setiap tahun
lokasi-seluruh negara

prrreeeeengggg...di mana2 sama saja..KL, Ipoh, bandar, pekan dan kampung..atas nama merdeka?rempit=merdekakah??laungan merdeka di stadium merdeka tahun 1957 sama macam laungan ekzos mereka?

disko dan pub dipenuhi remaja2 melayu, juga atas nama menyambut merdeka..aku kagum, pemikiran yang tidak kolot..bagus..

#3
situasi-menteri2, pembesar2, pemimpin2,artis2 dan rakyat ditemuramah

wartawan-datuk boleh komen sedikit?
jawapan diberi-I think that should not be bla bla bla..

artis-I sound stupid when speaking in Malay,
artis-I sedang belajar cakap melayu..
artis-I rasa la kan you all ni tak patut, but you all kena consider..


itu belum dikira orang Malaysia yang masih pelat berbicara, nama saja duduk Malaysia bertahun2..
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dah berpuluh tahun..kalau kita tidak martabatkan bahasa kita, siapa lagi..habis bijaklah kalau berbahasa Inggeris..kolot sangatkah bahasa Melayu?

*nota kaki-gabenor bank negara Malaysia orang mana ye?aku tidak pernah dengar dia berbahasa Melayu..


-------------------------------------------------------------------------------------

Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!
Merdeka!!

pada aku bukan bila kita tidak panggil mat salleh tu tuan kita sudah merdeka..
tunku laungkan merdeka tahun 1957..tapi merdeka kita tidak sama dengan merdeka tunku..
cabaran kita bukan lagi untuk merdeka dari penjajah tetapi memerdekakan jiwa kita kerana kita adalah Malaysia yang MERDEKA,MERDEKA, MERDEKA seluruhnya..

Al-fatihah kepada para pejuang negara yang berkorban demi kemerdekaan..InsyaAllah akanku pertahankan..

No comments:

Post a Comment