Sunday, October 3, 2010

Tersangatlah Islamik...

Pas-parti Islam Semalaysia...melihat kepada ahli2nya tidaklah Islamik manapun...setakat ambil2 perkataan arab, lepas tu digunakan dah boleh dikatakan Islamik lebih baik tidak payah..Musyawarah lah muktamar lah mursyidul lah lujnah lah habis arablah kononnya..Orang-orang Pas memang suka dilabelkan Islamik, orang lain semua tidak cukup Islam sebab tidak berjubah, berserban. Mereka sahaja yang Islam.

Sungguh Islamik sampai Tun Mahathir yang sakitpun didoakan supaya cepat mati la, api neraka tidak sabar nak dia la..Ini antara komen2 di laman web penyokong pas(copy and paste)
-PEGI MAMPOS LA KAU MAHATHIRRRRRRR..AKU NAK KENCINGKAN KAT KUBUR KAU NANTI...
-rakyat boleh doakan dia sembuh dan bertaubat... eemm tapi ada syarat... dia kena pulangkan semua duit rakyat yg dia curik tu.. bukan sikit... dengornya bilion jgk la.. kalau tak g mamposs..!!
-Nabi memang sayangkan umatnya tapi kalau memang ada umatnya dah terkenal dengan kefasikannya macam tok dir ni maka nabi sendiri pun tak mahu menyembahyangkan mayatnya.
-ada can aku nak keraskan utk jadikan TUGU Kebangsaan

cukup la sikit2 aku 'copy'..
Semasa Nik aziz sakit tidak lama dahulu, aku ingat Najib ada pergi menziarah..Siapa yang Islamik????

----------------------------------------------------------------------------------

Ini semua urusan Allah. Tun Mahathir pernah memimpin negara ke tahap yang sangat tinggi. KLCC, Proton, Putrajaya dan BANYAK lagi semua di zaman dia. Kalau tanpa dia, Malaysia tidak macam sekarang. Kalau marah kroni dia kaya, kenapa di Kelantan tidak semuanya kaya. Kata tiada kroni tetapi masih ada yang sangat kaya dan tersangat miskin. Siasatlah yang kaya itu. Barat mula mendengar pandangan negara Islam kerana dia. Dia pemimpin yang berani mengutuk Israel macam anak jantan, di PBB di Amerika..Bukan setakat berarak depan kedutaan..Hendak harapkan Nik aziz, bukan semua cakap dia betul pun..

Ahli politik ini aku andaikan seprti pepatah Inggeris "the pot calling the kettle black"..Semua sama sahaja, amat jarang kita jumpa yang sangat "humble". Yang dapat menyelami masalah rakyat seperti di zaman Rasulullah dan para sahabat..Yang kita jumpa hari ini, naik mercedes, bmw, camry, rumah macam istana..Jangan cakap la itu semua duit bersih, gaji wakil rakyat berapalah sangat..Semuanya sama baik Umno atau Pas..Satu yang nyata, kita orang Melayu. Pas kata dia Islam tapi di Malaysia ni Melayu itu ISLAM. Di Malaysia juga, saudara baru ini masih kecil bilangan yang sertai politik. Hendak mengaku atau tidak, Pas bermajoriti orang Melayu. Jadi mari kita bincangkan politik orang Melayu..

-------------------------------------------------------------------------------------

Melayu ini tidak perlu bersatu, jika tidak nanti Islam akan jadi kuat.

Melayu ini tidak perlu bersatu, biar berpecah-belah..

Melayu ini tidak perlu bersatu, kalau tidak nanti bangsa lain tiada apa hendak dipertikai. DEB, biasiswa, kontrak, dasar affirmatif semua tidak akan dipertikai, bukankah bosan hidup sebegitu.

Melayu ini tidak perlu bersatu, kalau tidak nanti si namewee tidak boleh popular..

Melayu ini tidak perlu bersatu, barulah sekolah vernakular dapat diperkasakan..

Melayu ini tidak perlu bersatu, nanti tiada orang nak doakan Lim Guan Eng..

Melayu ini tidak perlu bersatu, nanti tiada orang hendak sokong bangsa lain pertikai hak supaya nampak liberal..Sekarang ini semua orang hendak jadi liberal..

Melayu ini tidak perlu bersatu, jika tidak nanti Pas dengan Umno tiada musuh. Waktu ceramah nanti tidak tahu nak fitnah siapa..

Melayu ini tidak perlu bersatu, nanti kita tidak boleh membangkang.. Tidak nampak jantanlah kalau ikut sahaja, walaupun benda baik..

Melayu ini tidak perlu bersatu, nanti negara kita maju..

Kesimpulannya Melayu bersatu akan lebih membawa kepincangan, lebih baik berpakat dengan DAP. "Langkah mayat saya jika hendak tubuh negara Islam", kata Karpal Singh dari DAP. Renung-renungkanlah..

2 comments:

  1. Melayu Bersatu...........
    bersatu dari segi apa????
    bersatu untuk tipu orang lain???
    bersatu teguh bercerai roboh????

    jangan sebut tentang bersatu jika dalam nilai diri kita hanya penuh dengan dengan penipuan

    adakah perlu bersatu walaupun kita tahu ia mengarah ke lombong yg sangat dalam

    perlu bersatu jika hidup bertambah suram???

    ntah...........

    just blog walking......

    ReplyDelete
  2. berfikir dengan minda-
    dalam bangsa melayu, ada dua penyatuan yang besar yang boleh disandarkan..1)penyatuan menentang Malayan Union 2)Kes Natrah di Singapura
    berdasarkan ini aku percaya penyatuan bangsa melayu akan membawa kejayaan..tidak dinafikan pembangkang perlu ada sebagai pengimbang..bangsa berjaya adalah bangsa bersatu, lihat shaja Israel dapat menguasai Paletin apabila arab itu sendiri tidak bersatu..

    ReplyDelete